YEET!
Happy New Year! Another year, another tear.. hahah nda ba. Semoga tahun ini lagi baik dari yang sebelumnya. And yes, resolusi tahun lalu akan terus dibawa ke masa hadapan (sekarang lah ba ni) seperti biasa~
Lama gila nda update blog. Jarang-jarang ada keinginan mau menulis sekarang ni. Apa nda selalu layan netflix ja di rumah selepas menanam anggur sekali lagi (uhuk uhuk). Dan bila terlampau lama duduk di rumah macam-macam benda menghantui fikiran.
Aku pernah terfikir, kenapa ujian selalu datang dalam kehidupan? Kadang-kadang tu rasa penat betul dengan semuanya walaupun aku tau hakikat ujian ini adalah tanda kasih Allah kepada hambaNya. Kita diuji dengan bermacam benda untuk melihat sejauh mana rasa kesyukuran dan kesabaran kita. Dan aku tau yang aku selalu mengeluh. Susahnya mau jadi kuat sebab hatiku terlampau rapuh.
Kadang-kadang rasa cemburu juga dengan kehidupan orang lain. Melihat orang bahagia dan sentiasa positif dengan diri dorang sendiri. Aku pun mau jadi macam tu juga. Tapi bila difikirkan balik dorang pun ada ujian dorang sendiri yang aku sendiri nda tau cara dorang hadapi semua tu. Dorang mungkin sudah berusaha dan berkorban macam-macam benda untuk sampai ke tahap macam tu. Mungkin, kalau aku bersabar dan berusaha lagi aku boleh juga jadi macam dorang.
Aku tau kita nda boleh terlampau expect macam-macam sebab kita sendiri yang sakit kalau kita nda dapat capai semua tu. But it's okay,life must go on kan. Hidup ni kan umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Semua tu Dia sudah tentukan. Inshaa Allah ada rezeki yang lagi baik lepas ni. Semoga diluaskan pintu rezeki buat kita semua yang sedang struggle dengan kehidupan masing-masing.
till then.
ʕ •ᴥ•ʔ♡