Friday, April 15, 2022

SALAM RAMADAN 1443 H

Hey peeps! 

Nda sangka it's already APRIL 2022. Baru seja merasa sambut new year haritu what the -- hahaha 😅😅
Anyway.. macam biasa lah kan.. life must go on orang putih bilang. 



Alhamdulillah, tahun ini masih sempat merasa bulan Ramadan. Semoga ada manisnya Ramadan kali ini selepas menghadapi bermacam ujian. Inshaa Allah, semua pasti baik-baik sahaja. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dengan lancar.. jangan ponteng puasa aahh.. Allah maha melihat setiap yang kita kerjakan.

Sedar nda sedar kita sudah menempuh hari ke 13 bulan Ramadan ni. Syukurlah.. semoga kita dapat menyiapkan diri kita sehingga tiba pada 10 hari terakhir Ramadan iaitu Lailatul Qadar. Okay, aku mau kongsi sedikit hadis yang aku jumpa mengenai Lailatul Qadar ni..

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesugguhnya bulan  ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, di dalamnya terdapat malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah Taala." 
(Hadis riwayat Ibnu Majah) 

Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau." 
(Hadis riwayat Muslim) 

Masha Allah, istimewa betul Lailatul Qadar ni.. semoga kita di pertemukan dengan malam yang penuh berkah ini. Aamin ya rabb. Bah, sampai sini dulu entry pada malam ni.. next time akan update lagi. Maybe busy sikit sebab mau buat kuih raya lagi kan.. dan semestinya kuih yang wajib ada ialah kuih batang buruk 
(favourite sangat ni) 

 till then. 



ʕ •ᴥ•ʔ♡

Copyright© All Rights Reserved thebearsesat.blogspot.com